Tinkerbell Glitter

Sunday, January 18, 2015

hijab~

baru aku sedar ..kebanyakan wanita bertudung banyak nak tarik perhatian padahal..hakikat sebenar bertudung itu nak cover aurat sebab takut Allah murka tapii.....lain jadinya..
islam taklarang nak berfesyen.. islam itu 'murunah"
yang berpakaian muslimah pun kadang2 ade yang terdetik nak tarik perhatian ...
"tgok lah ....saya muslimah...bla bla...pakai tdung labuh bla bla..."

padahal wanita yg terbaik ialah wanita yg tidak dipandang dan tidak memandang~

kalau cam 2 lebih kurang jelah dengan orang freehair~

"but at least dia tutup aurat gak ape?"
memang lah tutup...tapi kalau niat nak tarik perhatian???
bukan ke lebih kurang je dengan yg freehair??

ade yg cakap.. ohh!! esok2 lha.. i berhijab.. i nak ubah perangai i dulu...pastu i bru bhijab bla bla"
 cik adik... pakai lah hijab tu dulu pkai tudug kan wajib~ ubah akhlak? yer ubah lah... tapi manusia ni selalu buat kesilapan..selalu ade kekilafan..klo nak tggu diri tu xder kekilafan mati nnti lah jwb nye bru bhijab penuh...
 
Hijab lah wahai perempuan.. jangan jadi bulan... org selalu menatap nyer..tapi jadilah matahari yg org selalu tundukkan pandangan tatkala keluar.

pesanan ni untuk diri sendiri and para ummat islam :)

love,
nadia

@misi

makin hari makin jelas misi n visi aku :)
ahmad ammar!! 1 viral yg menusuk hati aku :)

Friday, January 9, 2015

https://www.youtube.com/watch?v=bzDiBtlv678

zina

“Jangan kamu DEKATI ZINA. Surah Al isra’. Itu dalilnya. Allah tak cakap jangan zina. Allah cakap, jangan dekati zina. Means, bukan zina je yang berdosa. Bahkan, mendekati zina pun dosa! Dan, kalau kau nak tahu, ulama menyebut, ada TUJUH JALAN ZINA, iaitu bermula dengan PANDANG, kemudian SENYUM, kemudian MEMBERI SALAM, kemudian BERSEMBANG, and then MEMBUAT TEMU JANJI, pastu BERJUMPA, kemudian BERZINA, dan akhirnya MASUK NERAKA!!!”

Aku berhenti jap sebab tekak kering. Aku minum air yang aku order tadi iaitu ais kosong. Air paling sedap setakat ni. Kemudian aku sambung:

“Dan, kalau kau nak tahu, ketujuh-tujuh perkara ni (pandang, senyum, memberi salam, bersembang, buat temu janji, jumpa, dan zina), semua ni akan berlaku bila kita BERIKHTILAT!!! Bila kita berikhtilatlah, kita akan pandang, pastu start chatting, letak smiley senyum bagai, dan seterusnya dan seterusnya…. Sebab tulah, banyak ulama’ telah mengharamkan IKHTILAT!”

hukum ikhtilat 1

“Ikhtilat ni hukum asalnya HARAM. Boleh jadi harus jika berlaku dhorurat dan harus. Contoh dhorurat ialah kau nak selamatkan nyawa seorang perempuan yang lemas di tengah laut. Kau boleh selamatkan dia. Contoh hajat pula ialah jual beli, menuntut ilmu(antara guru dan pelajar), menjadi saksi di mahkamah, perubatan, melayan tetamu di rumah dan lain-lain. Cuma, untuk hajat ni, ada beberapa syarat yang WAJIB di patuhi antaranya tunduk pandangan, serius dalam berbicara, tutup aurat sempurna, tidak berleret, tidak buat suara gedik dan sebagainya. Jika tak patuhi syarat, maka, jadi haram balik…Benda ni di hurai panjang oleh Ibn Jauzi dalam kitab Talbis Iblis, Ibn Qayyim dalam kitabجواب الكافي لمن سأل دواء الشافي, dan banyak lagi ulama’, dalam style yang berbeza-beza. Hatta, Dr Zaharuddin Abd Rahman pun ada kupas isu ni panjang lebar… Aku menjelaskan secara serius.

ambik kau! sentap weiii...

hahah... sentap dan sgt sentap dengan tarbiah yg dibawakan oleh ustaz adnin roslan!
 dan ini terdapat sedikit petikan dan tips yg aq copy dari page tarbiah sentap! untuk pemuda/wanita yg nak jaga pndgan n yg ashik melting xhabis2 nengok orang segak2 nie

Pertama:

“Apabila hati korang tertarik dengan wajah seseorang yang cantik, maka kau bayangkanlah kau sedang melihat wanita yang buruk, hitam legam, di penuhi bintik-bintik puti, matanya buta, kepalanya gendul, gigi depannya terkeluar, berhidung penyek, berbibir tebal, serta wajahnya di kerumuni lalat. Bila kau dah membayangkan wajah seperti tu, insyallah hati kau tak akan memikirkan wanita cantik!!”

Kedua:

"Cara untuk kau ubati hati kau dari memikirkan wanita, ialah kau perbanyakkan zikir pada Allah, bayangkan bagaimana azab Allah kat akhirat nanti.Apabila di dalam hati kau timbul suatu bayangan kea rah maksiat, maka, kau ambillah wudhuk, dan solatlah sunat 2 rakaat, kemudian taubat dan mohon perlindungan pada Allah. Setiap kali kau teringat, maka berwudhuklah dan solatlah! Pada hari pertama, mungkin kau akan lakukan banyak solat. Tapi, makin lama, akan berkurang. Sampai satu masa, perasaan itu akan hilang!”

Ketiga:

“Kalau ada satu masa, kau rasa macam nak pakai baju yang bersih dan cantik, dan di bubuk minyak wangi, dan bila kau berjalan, kau rasa ada oang yang perhatikan kau terutamanya wanita, maka, cara kau nak ubati ialah, kau pakai pakaian yang usang dan bertampal!!”

Means, apa yang ulama ni nak cakap, sometimes, bila kita pakai smart-smart, kita akan perasan dan hati kita rasa lain bila ada orang berlainan jantina pandang. Pastu, kita mula lah start bajet macho dan bajet cantik, control macho bagai. Akhirnya, hati rosak!

tarbiyah

tarbiyah..aku jatuh cinta dengan tarbiah~
aku nak ditarbiah kan..

aku suka "tarbiah sentap".. ustaz tuh ade gaya muka someone..tapi abaikanlah..aku nak dengar tarbiah die.

aku nak seorang sahabat yang boleh mentarbiahkan aku hari-hari.
yang dapat mendekatkan aku dengan Allah swt.
yang tahu menahu tentang ilmu agama,qur'an, dan sebagainye..
pendek kata perfect lah..mmg lah xde manusia perfect kecuali rasulullah saw..tapi aku nak sgt jumpa sahabat yg istiqamah dalam bribadat..yg menginspirasikan aku...aku mentarbiah aku xputus2 asa..

ada ke?
nak sgt sahabat yg cam ahmad ammar...tapi nak popuan lah..xnak laki..kang jadi len pulak..

aku nak hari2 ditarbiyah kan supaya jiwa aku tak lalai .

love,
nadia